Thursday, February 5, 2009

Lompat si-katak lompat, Lompatlah tinggi tinggi!... Tahniah Negeri Perak

Tahniah negeri Perak kerana bakal mempunyai kerajaan negeri baru, Bukan selalu dapat buat pertukaran macam ni ye tak. adaleh jugak berita nak kuar ke nak borak-borak ke kat TV, radio, sok-kabar, internet, kedai kopi dan semua yg sewaktu dgn-nya. Kalau tidak bosanleh jugak.

Apa yang berlaku di Perak semenjak 2 menjak nie bak kata omputih 'a blessing in disguise'-leh, macam contoh takdelah lagi Ibrahim Ali kena kutuk memanjang aje sebab dah ramai ahli parti lompat sekarang dah.

Tuntutan dubarkan dun dan adakan pilihanraya. mmmm! sapa nak tanggung perbelanjaan semua nie? rakyat balik.. yelah engkauorang (some of the politicians)bukannye bayar income tax pun.. bolehlah mintak tu ini. Duit aku jugak kene kuar. Baik buat jamban awam daripada tanggung kebodohan dan kesilapan engkauorang.
HAMPEHhh!

O.K!, pada aku, engkau org nak loncat ke nak merangkak ke terjun tiruk ke, yang pasti engkau orang mestilah menjaga kepentingan kawasan dan penduduk yang mana engkau orang menjadi wakilnya atas kadar hak dan wajar. Kenapa aku cakap macam tu? sebab masa mengundi, semua org disogok dengan logo parti2 dan juga wajah2 mereka yang bertanding. Jadi nak kata semua orang mengundi memilih parti, tak 100% betul dan nak kata semua orang mengundi memilih calon yang dicanang pun tak 100% betul. Ini semua ada variasi pilihan dan penyebab. Oleh itu mereka ni masih boleh diambil kira lagileh.

Tapi kita semua kene ingat PKR tu parti orang merajuk dari UMNO, alah orang putih cakap ‘bitter sour but still lover’ leh. Jadi perangai mereka tu 2 x 5 = 10, 5 x 2 = 10. Padan muke engkauorangleh yang mengundi sesuma orang tu. Yelah, parti2 politik pun kenelah ingat sikit, kalau nak memilih calon yang nak mewakili mereka tu… cari-carilah yang baik-baik sikit perangai atau budi bahasa masing-masing. Ini kebanyakan parti2 politik semua nie bagi calon2 serupa lanun, kaki kaberet dan 3R (Rompak, Rampas dan….. Ru piker leh sendiri)

Pada aku, parti perkauman masih penting pada negara ini. Parti multi racial payah nak dipercayai. DAP!? itu parti cina maaa... yang colour lain kat dalam dia tu wayang aje.
Untuk orang melayu, hanya dua aje parti yang kamu semua kena pilih.. Pilih jadi nasionalis, jadileh org UMNO atau pilih agama, jadileh org PAS.
Untungnya orang kita nie, kebanyakkan org Melayu adalah orang ISLAM yang mana satu-satunya agama yang ada kesemua sekali, dunia dan akhirat termasuklah keperluan rohani dan jasmani seperti jualbeli, politik, sains, perkerjaan dan macan-macam lagi. Maka pilihan kita ada dualeh. Yang jelas pandangannya tahulah pilihan yang benar yang mana satu. Untuk agama lain macam hindu, budda, Christian, jews dan lain2 tak ada benda2 ni apatahlagi politik. Oleh itu mereka punya pilihan adalah nasionalis aje.

Maka rumusannya, semua nie mengabehkan boreh ajo. membazir maso dan suma orang tu tak guno. Waktu nak bantu Agama, Bangsa dan Negeri dihabiskan untuk bertelagah sesama sendiri dan nak tunjuk kuat.
PODAH!

Lompat-lah adun lompat,
Lompatlah tinggi tinggi,
Cepatlah cepat Perak,
Boleh tukar-tukar lagi.

Muhahak!... Tahniah Negeri Perak