Monday, February 9, 2009

Lompat Parti! kenapa marahkan Anwar Ibrahim?

Kenapa ramai sangat kecoh sangat pasal lompat parti? apa salah Anwar Ibrahim?

Seingat akulah, masa pilihan raya mac tahun lepas dan hampir-hampir 16 September 2008.paksukan Pakatan Rakyat bergembar-bembur menyatakan bahawa mereka akan mengambilalih pentadbiran kerajaan pusat dengan belakunya acara lompat katak daripada pasukan Barisan Nasional ke PakatanRakyat. Masa tu tak ada pulak yang mengamuk, hempas-hempas badan kat jalan (mentang2lah Thaipusam dah dekat). Tapi sekarang masa berlaku sebaliknya bila Ahli Pakatan Rakyat lompat katak ke Barisan Nasional... gila babi marah pulak... Ape ke hel nye yob?

Dulu si Kapal (karam) Singh dgn si Lim gelakkan Ibrahim Ali. Tapi lompat lompat Ibrahim Ali pun, orang kawasan dia sukakan dan sokong dia.

Laa ni sekarang, bila orang sendiri lompat katak, habis marahkan semua orang lain sampai anwar ibrahim pun kene jugak. Aik? dulu sokong gila-gile, siap defend lagi. Itulah, depa ni semua kaki haprak.. semua sekali. mana yang baik untuk kepentingan masing-masing, semua baik. Kalau tak, semua jahat.

Kapal Singh mungkin ada pointnya, tapi kalaulah mereka ini ada sifat setiakawan... sampai kapal karam pun mereka sepatutnya ikut. Yang jelas kat sini , sepatutnya Kapal singh tu tak salah kan Anwar Ibrahim tapi salahkan diri dia sendiri kerana kebodohan dia. Anwar Tak salah, dia cuma menusun strategi perang politik. Malang bagi Anwar, jeneral-jeneral yang dia ada, cumalah orang-orang tua yang sudah nyanyuk dan tak mampu meminpim tentera dalam perang politik ini. Mereka cuma boleh mengeluh, mengomel, membebel dan mencari salah orang lain kecuali salah masing-masing. Itulah malangnya Anwar Ibrahim.

Dan tentang lompat parti, patutnya mereka tak merepek meraban dan meloncat macam kambing gila. releklah, engkau orang jugak yang beri galakan. Katalah jadi sampai 30 orang MP loncat ke pakatan rakyat, maka engkau orang boleh tubuh kerajaan baru, tapi masa tu nak ke buat pembatalan kerusi dan undi sekali lagi? Bodah betullah kau orang nie. Mana yang kalah tu kalahlah, teruskan serangan yang lain. Kalau menang, yang kalah tadi boleh repeat.

Aku nak bagi nasihat sikitlah, aku rasa eloklah PAS keluar dari pakatan rakyat. Nanti engkauorang kena makan nanti... engkau orang semuanya lurus macam bendul. mana tak nya... yang merusuh kebanyakan orang-orang PAS.. tapi semua orang tahu yang kerajaan Perak dipegang oleh DAP. tak nampak pun orang DAP masa menentang tu? Kauorang lah (orang-orang PAS) yang jadi balaci DAP. Keluarlah dan teruskan perjuangan berlandaskan ISLAM. Jangan jadi macam orang Arab tu. Cakap pasal perjuangan Islam, pembebasan Palestin, tapi tunduk dan patuh pada Amerika. Hampeh!

Tahniah Barisan Nasional yang berjaya dalam penyusunan strategi dan pecaturan Peperangan Politik Perak. Mereka ini tidak boleh dipersalahkan kerena mereka cuma bermain politik yang sebagaimana pihak Pakatan Rakyat main. Ironinya, Pakatan Rakyat yang mulakan peperangan ini dan yang mula-mula lancarkan serangan, tapi Barisan Nasional yang dapat mematahkan serangan dan melancarkan serang balas untuk terus menguasai medan perang Politik Perak ini. Tahniah sekali lagi kepada mereka. Orang macamnilah kita patut bagi peluang untuk memerintah, sebab mereka bijak dan tahu cari peluang, bukan yang buta kayu, ada muslihat dan meragui satu-sama-lain macam pasukan sebelumnya.

Macam lagu pak pandir tulah:
Ada mata... pandang,
Ada telinga... dengar,
Ada mulut ... diam.

Ada rezeki..... cuba lagilah.