Thursday, May 19, 2011

PROTON EXORA is O.K with me.

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulilah...
Shukurlilahhitaalla.

baru-baru ini saya telah menukar kenderaan saya kepada kenderaan pelbagai guna buatan tempatan iaitu PROTON EXORA model M-Line (Model sederhana).

Pelbagai kisah telah saya dengar tentang kebaikan dan keburukan kereta ini, tapi selepas saya membuat sedikit 'survey' dan perbandingan dengan kenderaan pelbagai guna (MPV) yang lain serta ditambah dengan ditimbang-timbang, disukat-sukat, dibelek-belek dan dilambung-lambung... maka sahlah proton EXORA adalah kenderaan yang paling bersesuaian dengan saya sekeluarga.

Menggunakan khidmat rakan kepada rakan sekerja saya yang merupakan pembantu pengurus jualan proton, maka process untuk mendapatkan kereta pun bermula.


Mula-mula sekali, kami (saya dan isteri) menjual kereta yang sedia ada iaitu Hyundai Matrix 1.6A. Kereta ini telah menjalankan khidmat yang baik kepada kami walaupun pernah mengalami beberapa kerosakan, itu tidaklah perlu diambil kira kerana semua kenderaan pasti satu ketika akan mengalami kerosakan kecil atau pun besar. Apa yang pasti kereta Hyundai Matrik 1.6A ini telah menjalankan khidmatnya kepada saya sekeluarga dengan baik dan kami rasa sedih kerana terpaksa berpisah dengannya. Ini adalah kehidupan, setelah beberapa tahun pastinya ada perubahan dan pada perubahan ini akan belaku peningkatan atau penurunan kepada keperluan, bagi saya keperluan telah meningkat dan keperluan itu mengatasi kehendak dan tindakan pelulah selari dengan keperluan.

Dalam process untuk mengambil keputusan untuk menukar kenderaan, pelbagai faktor perlu diambil kira. Antara faktor yang paling penting telah saya ambil kira adalah keredaan 'lilahtaalla'. Apa yang saya paling takut adalah kelak diakhirat (tentu akan berlaku) saya akan dipersoalkan tentang keperluan menukar kenderaan dan bagaimana penggunaan nikmat ini dilaksanakan. Adakah timbul riak, takabur, ujub dan pembaziran? saya sangat takut akan perkara ini... saya doa agar saya dilindungi oleh ALLAH azza wa jalla dari sifat2 berikut dan kekufuran daripada nikmat yang diberikan. amin!

Kembali kepada kereta proton exora ini, pada 23 April 2001 hari sabtu bersamaan 19 jamadilawal 1432 hijrah, kereta exora kami(sebenarnya bank yang punya.. pasal loan dgn bank :P) pun sampailah ke kediaman kami.
Syukur kami kepada ALLAH subahanawattalla.

dah semenjak itu ..dah beberapa perubahan yang saya lakukan ...nak tau.. nanti saya ceritekan kemudian.. :)

wassallam...