Monday, January 11, 2010

Tuhanku adalah ALLAH S.W.T, juga adalah tuhan anda semua.

Terjemahan 'God' dalam bahasa melayu adalah tuhan, bukannya ALLAH.

Bismillahi-rahmani-rahim,
Ku pohan kesejahteran keseluruhan kepada manusia yg menyembah ALLAH S.W.T dan hidayah kepada mereka yg tidak.

Bukan tulisan ini bertujuan untuk berkonfrantasi atau memberi pengajaran tetapi hanya membentangkan sejarah dan maklumat yang umumnya diketahui ramai. Ada yang mungkin tidak menyukai apa yang saya tuliskan maka, salah dan silap dipohan kemaafan dan bersedia untuk diperbetulkan dan menerima teguran yg baik dan berhemah.

Melalui tajuk, jelas menunjukan bahawa saya dengan terang-terang menyatakan bahawa saya bersetuju yang mana ALLAH itu adalah tuhan untuk semua makhluk dan kejadian. Tetapi saya ingin menjelaskan bahawa saya tidak menyetujui 'ALLAH' ini adalah tuhan untuk agama2 yang lain selain agama yang hak, iaitu ISLAM. Bagaimana boleh saya katakan hanyalah ISLAM agama yang HAK, biarlah ini dibawa kepada perbincangan yang lain manakala kali ini saya jelaskan maksud saya berkenaan kenyataan saya tentang bersetuju dan tidak bersetuju diatas. Tanpa berlengah, perkara2nya adalah: -

1. - ALLAH was never god name in any scripture of christinity (John, Paul etc).
Kristiniti sejak awal kewujudanya (setelah ketiadaan Nabi Isa A.S. Nabi Isa tidak membawa agama baru 'kristiniti', tetapi hanya menyampaikan agama ALLAH kepada kaumnya yang mana sama seperti ajaran yang telah disampaikan oleh Nabi Allah Ibrahim A.S hingga ke Nabi Musa A.S) tidak pernah mengunakan ALLAH sebagai nama tuhan. Tulisan2 daripada mereka-mereka yang membuat karangan bukan dari zaman Nabi Isa A.S sendiri telah dikumpulkan di zaman Romawi yg telah menerima kristiniti, dimana banyak perubahan telah berlaku hasil dari pengolahan semula 'scriptures'. Pihak Penguasa2 dan Paderi2 telah melakukan penyuntingan dan hanya yg bersesuaian dan berkepentingan sahaja digunakan. Terhasillah karangan kisah-kisah yahg digelar 'New testament'.
Nabi Isa mengajar kaumnya kepada agama yg satu melalui lingua setempat iaitu hebrew lama (ini adalah jelas kerana Nabi Isa A.S datangnya kepada kaum Bani Israil), maka jelas sekali panggilan tuhan yg digunakan adalah 'El', 'Elohem' & 'Yahweh' sebagaimana penggunaan hebrew lama.
Pengolahan yg digunakan oleh mereka2 yg membuat karangan (scriptures) selepas ratusan tahun Nabi Allah Isa A.S meninggalkan mereka adalah dari hasil maklumat diturunkan turun temurun, tulisan-tulisan lama, 'folk stories' dan 'hear-say' pula menggunakan perkataan yg sama seperti 'Yahweh' dan nama lain iaitu 'Jehovah' & 'adonai'.
Penyerapan Kristianiti kedalam kerajaan Roman kembali merubah tulisan2 ini kepada linguafranka yg digunakan oleh kerajaan Roman iaitu Latin lama. Sekali-lagi nama ditukar kepada nama tuhan dalam bahasa latin iaitu 'Deus', 'Dei', 'ho theos' & 'ho kurios'.
Pertukaran berlaku lagi berulang2 kali sehinggalah karangan2 ini bertukar kepada bahasa english yang dengan jelas telah merujuk tuhan itu adalah 'God' & 'lord', disamping 'jesus' dan juga' holy ghost' atau 'holy spirit'.
Semuanya menunjukkan bahawa tiada penggunaan ALLAH dalam semua perubahan 'bible' ini hinggalah dalam kurun dan dekad ini dengan bertujuan adalah jelas hanya untuk mengelirukan umat Islam dan cubaan menunjukkan bahawa kristiniti itu adalah agama benar (ini menunjukan para2 paderi & paulus mengesahkan bahawasanya hanya ALLAH tuhan yg benar tetapi tidak mahu tunduk dan menyerah kepada agama Islam kerana takut kehilangan kuasa, pangkat dan kekayaan).
2.- When Islam came, it becomes the only true religion from heaven.
Penggunaan Allah untuk agama samawi, adalah benar. Cuma, agama samawi yg kita patut percaya adalah ajaran dari Nabi Allah Ibrahim, Nabi Allah Musa dan Nabi Allah Isa, malah semua para nabi2 dan rasul2 adalah pembawa/penyambung/pemegang amanah agama samawi dan ajaran yang benar lagi hak. Masalahnya sekarang Judisim dan kristiniti yang dianuti sekarang bukanlah lagi boleh digelar agama dari langit atau samawi ataupun agama yg hak kerana ia telah dimanupilasi, dirombak dan diubah selama bukan setahun atau dua, tapi beribu2 tahun. Adakah susu yg telah dicampur2kan dengan air dan berbagai hingga hilang warna, rasa dan bentuk masih dipanggil susu? tentu tidak. Untuk itu, Agama samawi yg masih hak yg layak menggunakan ALLAH kini hanyalah ISLAM dan tiada lain. Apabila datangnya wahyu dari ALLAH S.W.t kepada Rasullulah S.A.W untuk menyeru seluruh umat manusia kepada ALLAH dan kembali kepada ajaranNya, maka terbatal-lah semua ajaran2 sebelum ini yg masih diamalkan oleh umat manusia.
3. - Allah is the only god known by many which was and still is manupilated by the missionories.
Ada yg menyatakan bahawa Allah telah digunapakai di Indonesia dan Malaysia (Sabah & Sarawak)) untuk sekian lama. Ini adalah juga benar kerana tatkala mubaligh2 kristian dari penjajah belanda menduduki Indonesia, ini adalah cara yang paling mudah untuk menyebarkan dakyah mereka kepada mereka yg belum beragama dan juga mereka yg kurang kefahaman dalam islam. Ini juga adalah cara yg sama mereka gunakan di kawasan2 sabah dan sarawak dan sekarang meraka cuba gunakan di semenanjung juga.
Semua orang tahu, hanya melalui ISLAM bahawa tuhan itu adalah ALLAH yg maha Esa. Inilah cara licik mubaligh2 itu bertindak dengan mengunakan ALLAH juga untuk menarik orang ramai kepada mereka walhal selama ini tidak pernah ALLAH digunakan oleh mereka. Ini juga terbukti jelas dimana ramai ahli pengkaji agama mereka berubah kepada Islam setelah kajian terliti dibuat oleh mereka untuk mendalami kristiniti. Tentunya mereka yg tidak mengkaji atau hatinya mati tidak dapat menerima kebenaran menolak kenyataan ini. Ini juga sama kisahnya untuk bangsa arab. Lebih jelas lagi, agama hak yg dibawa oleh semua rasul2 & para nabi menjelaskan bahawa hanya ALLAH S.W.T adalah tuhan yg satu lagi benar. Ini dapat dilihat yg mana para panganut ajaran tulen Nabi Ibrahim A.S menggunakan kalimah Allah sebagai tuhan. Penggunaan ALlah dikalangan bangsa arab sebelum kedatangan Islam adalah benar kerana ini adalah arab2 yg beriman dengan ALLAH yg maha esa melalui para rasul2 dan nabi2 sebelum kedatangan junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Sehingga datangnya Islam, ajaran Para nabi2 dan rasul2 yg tulen masih boleh dipakai kerana para rasul & nabi menyampaikan hanya kepada kaum mereka manakala dengan kedatangan Islam telah membatalkan semuanya kerana Islam adalah ajaran untuk semua umat manusia.
4. - Misusge of ALLAH will happen if it is allow for all religion use.
Pembebasan pengunaan ALLAH untuk agama2 lain adalah bertentangan dengan ajaran ALLAH S.W.T iaitu ISLAM. Surah 109, Al-kafirun dan Surah 112, Al-Ikhlas jelas menyatakan bahawa tuhan org2 kafir adalah tuhan mereka dan tuhan orang2 islam adalah tuhan org2 islam. Ia juga menjelaskan kedudukan ALLAH iaitu ALLAH adalah yg maha ESA, iaitu 1 tidak 2 atau 3 atau banyak. Untuk kita orang Islam membenarkan seperti ini berlaku adalah melakukan jenayah terang-terangan terhadap ALLAH S.W.T setelah surah2 pemberitahuan dan peringatan diwahyukan. Surah An-Naas telah memberi amaran tentang perkara sebegini.
Jikamana ia masih dibenarkan, sudikah kita kiranya agama2 lain seperti Hindu, buddha ataupun yg lain2 menggunakan juga Allah sebagai nama tuhan mereka dan memberi gambaran yg tidak benar samasekali terhadap ALLAH S.W.T? Oh, tentu tidak sekali.

Kisah: Sewaktu Rasullulah S.A.W di Mekah. Beliau didatangi olah para pemimpin musyrikin yg menawarkan harta, kedudukan dan perempuan2 cantik, mereka berkata 'Janganlah diganggu tuhan2 kami latta dan uzza'. Disini sangat jelas, ALLAH juga tidak digunakan oleh orang musyrikin sebagai nama tuhan.

Penggulungkata, jikalaumana pihak berkenaan masih mahu menggunakan terjemahan 'God', ambillah dari sejarah silalah pilih Hebrew, Latin atau english lama. Atau, guna terjemahan umum iaitu tuhan. Ini adalah benar.

Jikamana mahukan ALLAH sebagai tuhan, Islam mengalu-alukan kedatangan tuan-puan dan pastinya kami para muslimin bergembira menerima tuan-puan sebagai saudara baru kami. Insha'Allah.

Kenyataan2 yg saya utarakan adalah benar, untuk menjelaskan terperinci memerlukan masa dan tulisan yg amat panjang. Saya meyarankan supaya silalah lakukan kajian dan bacaan untuk mengetahui dengan lebih mendalam.

Selamat keatas anda semua