Tuesday, February 24, 2009

Tahniah Bank Rakyat, Untung RM 1bil

Tahniah kepada Bank Rakyat atas kejayaan perniagaan yang berasaskan ISLAM and diusahakan oleh orang-orang Islam dan Melayu. Ini membuktikan bahawa Islam atau Melayu bukanlah label untuk sebarang orang, syarikat, organisasi dan kumpulan sebagai tidak pandai berniaga atau bidang pengurusan.

Tapi mungkin juga sekiranya Bank Rakyat menukar nama mereka kepada 'BAN RAKYAT' atau mengambil lebih ramai pihak pengurusan atasan dan pertengahan daripada golongan bukan Islam dengan menidakan keupayaan orang Islam atau orang melayu dalam process pelantikan. Saya percaya, Bank Rakyat mesti mampu mendapat keuntungan berlipat kali ganda.

Jika tidak benar kepada perkara diatas, masa-kan pula ada pihak2 yang mengambil bukan Islam (yang tidak peka lansung akan agama Islam) untuk meneraju atau menjadi pihak pengurusan tinggi dan menengah pada syarikat2 yang pada mulanya ditubuhkan dalam usaha membantu orang Islam khususnya orang-orang melayu.

Tentunya syarikat-syarikat ini berjaya dengan gilang gemilang. Malangnya tidak dan mungkin lebih teruk daripada dahulu. Jelas sekali bahawasanya sikap segolongan orang-orang besar ini yang lebih percayakan bangsa dan agama orang lain terbukti salah. Tetapi untuk mereka mengaku atau cuba membetulkan kembali, saya kira jauh sekali. Ini mungkin atas nasihat atau pendapat yang salah dan mengelirukan telah disumbatkan kepada mereka dan menjurus kepada kesilapan keputusan.

Jadi akhir kata, sapa nak mengaku berak atas jalan!!!! dah ada tu, buat tak tahu ajelah dan biarkan supaya hujan yang bersihkan.

(kata-kata semua dengan penuh sirat dan tersurat)