Thursday, March 8, 2012

Antara Sifat-Sifat Rasullulah صلى الله عليه وآله وسلم - sessi pertama

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatu,

Semalam adalah kali pertama saya menghadiri Majlis mawlid Madras An-Nur di pantai Murni, Pantai Dalam, K.L. Majlisnya adalah sangat bagus dan baik. Ini membuatkan saya teruja untuk menghadirinya lagi minggu hadapan. Marilah bersama-sama kita menghadirinya.

Diakhir mawlid, kitab Wasaail al-Wushuul ila Syamaail ar-Rasul صلى الله عليه وآله وسلم dibaca dan dihuraikan oleh Habib Mahdi Abu Bakar al-Hamid dan diterjemahkan oleh Habib Najamuddin AlKhered.
Antara kupasan dan ringkasan pada malam semalam yg dapat saya ambil adalah:-
Sifat-sifat Rasullullah SAW;
- Mata baginda adalah luas dan lebar. Tampak kehebatan pada matanya.
- Bulu keningnya panjang dan tebal
- Matanya yang putih adalah sangat putih dan mata hitamnya adalah sangat hitam. Terdapat juga urat-urat merah kelihatan.
- Kening Rasullulah SAW rapat tertapi berpisah. Tiada bulu kening yg bercantum. Cuma kalau dilihat dari jauh ianya seperti bercantum. Tapi kalau dilihat dgn rapi dan dekat, tampak ianya berpisah dan yg tiada bulu kening itu cerah dan bersinar seperti perak.
- Buli mata baginda juga lebat dan lentik.
- Kepala baginda agak besar, begitu juga tangan dan kaki baginda. Ianya juga agak besar.
- Pipinya adalah rata dan licin. Tidak berbenjol2 atau kembang.
- Wajah baginda tidak bujur atau bulat, ianya juga tidak tembam.
- Tinggi baginda tidaklah terlalu tinggi ataupun terlalu rendah.
- Bahu baginda lebar dan dadanya bidang.
- rambut baginda Rasullullah SAW lebat dan hitam pekat sehingga akhir hayat baginda. Hanya terdapat beberapa helai uban sahaja.
- Lingkaran mata baginda seperti terdapat celak atau bercelak. Ianya dikisahkan bahawa sejak lahir lagi, lingkaran mata baginda seperti bercelak.
- langkah baginda penuh dengan kekuatan dan tampak hebat serta cepat.
- Tapak kaki baginda tidaklah melengkung sangat dan tidaklah rata sangat. ianya adalah sedang2 sahaja.
- leher dan bahu baginda bila dilihat tanpa dilitupi selendang, ianya seperti perak yang bersinar.
- jika baginda tertawa, tampaklah cahaya dari wajah baginda.
Semua sifat-sifat diatas menunjukkan bagaimana sempurnanya dan cantiknya rupa paras baginda Rasullullah SAW.

Insha'ALLAH jika ada masa terluang lagi, saya akan nukilkan garapan kelas yang berikutnya.

Salah dan silap mohon maaf.
Wallahualam.