Assalamualaikum warahmatullah wabarakatu,
Semalam adalah kali pertama saya menghadiri Majlis mawlid Madras An-Nur di pantai Murni, Pantai Dalam, K.L. Majlisnya adalah sangat bagus dan baik. Ini membuatkan saya teruja untuk menghadirinya lagi minggu hadapan. Marilah bersama-sama kita menghadirinya.
Diakhir mawlid, kitab Wasaail al-Wushuul ila Syamaail ar-Rasul صلى الله عليه وآله وسلم dibaca dan dihuraikan oleh Habib Mahdi Abu Bakar al-Hamid dan diterjemahkan oleh Habib Najamuddin AlKhered.
Antara kupasan dan ringkasan pada malam semalam yg dapat saya ambil adalah:-
Sifat-sifat Rasullullah SAW;
- Mata baginda adalah luas dan lebar. Tampak kehebatan pada matanya.
- Bulu keningnya panjang dan tebal
- Matanya yang putih adalah sangat putih dan mata hitamnya adalah sangat hitam. Terdapat juga urat-urat merah kelihatan.
- Kening Rasullulah SAW rapat tertapi berpisah. Tiada bulu kening yg bercantum. Cuma kalau dilihat dari jauh ianya seperti bercantum. Tapi kalau dilihat dgn rapi dan dekat, tampak ianya berpisah dan yg tiada bulu kening itu cerah dan bersinar seperti perak.
- Buli mata baginda juga lebat dan lentik.
- Kepala baginda agak besar, begitu juga tangan dan kaki baginda. Ianya juga agak besar.
- Pipinya adalah rata dan licin. Tidak berbenjol2 atau kembang.
- Wajah baginda tidak bujur atau bulat, ianya juga tidak tembam.
- Tinggi baginda tidaklah terlalu tinggi ataupun terlalu rendah.
- Bahu baginda lebar dan dadanya bidang.
- rambut baginda Rasullullah SAW lebat dan hitam pekat sehingga akhir hayat baginda. Hanya terdapat beberapa helai uban sahaja.
- Lingkaran mata baginda seperti terdapat celak atau bercelak. Ianya dikisahkan bahawa sejak lahir lagi, lingkaran mata baginda seperti bercelak.
- langkah baginda penuh dengan kekuatan dan tampak hebat serta cepat.
- Tapak kaki baginda tidaklah melengkung sangat dan tidaklah rata sangat. ianya adalah sedang2 sahaja.
- leher dan bahu baginda bila dilihat tanpa dilitupi selendang, ianya seperti perak yang bersinar.
- jika baginda tertawa, tampaklah cahaya dari wajah baginda.
Semua sifat-sifat diatas menunjukkan bagaimana sempurnanya dan cantiknya rupa paras baginda Rasullullah SAW.
Insha'ALLAH jika ada masa terluang lagi, saya akan nukilkan garapan kelas yang berikutnya.
Salah dan silap mohon maaf.
Wallahualam.
Right foot out, left foot in. What am I to do?
It's my personal views thru my eyes of the lifes and events surrounding me... I did it my way because it is my life and I am and has struggle for it. Who am I? I AM A MAN, A MUSLIM MALAY MAN LIVING IN MALAYSIA.
Thursday, March 8, 2012
Wednesday, March 7, 2012
Jazakallah Khairan, when to say it and how to reply to it.
Assalamualaikum warahmatullah wabarakathu,
In the name of Allah the most kind the most merciful.
Glory be to Him who does not treat the citizens of His kingdom unjustly.
Glory be to Him who does not let the torment and pain come suddenly upon mankind.
Glory be to the compassionate the merciful.
O Allah, fill my heart with true enlightenment, wisdom, understanding and knowledge.
Surely you are able to do all thing,
I beseech You, O He who reminds about doing good, does good and commands to do good. Send blessings on Muhammed and the family of Muhammed and let me remember what shaytan makes me forget.
Ameen.
Nabi Muhammad SAW said, "If good is done to someone and then they say "Jazzak ALLAHU Khairan" to the one who did the good, they have indeed praised them well." Hadith narrated by Imam Tirmidhi
There are a few common ways to say jazzakallah, among them are:-
a) jazzakallahu khairan – this is to a man
b) jazzakillahu khairan – this is to a woman
c) jazzakumullahu khairan – to many
Meaning of ‘Jazzakallah’ is; 'may Allah reward you', while meaning of ‘khairan’ is ‘(in) goodness’. The full meaning is 'May Allah reward you [in] goodness'
Answering the above is usually:
a) Wa iya ka – by a man
b) Wa iya ki – by a woman
c) Wa iya kum – to many
Meaning of ‘Wa Iya Kum’ is; ‘And goodness to you also’.
The most common response to ‘jazzakallah’ is ‘wa iya kum’, but it is best that we practice saying ‘amen, wa iya kum’ which is much better. It has amen for the doa and also you return those good doa to the person.
There is also some other way of reply such as “Wa antum Fa JazzakumuALLAHu Khairan” which mean “and in-fact to you, may Allah reward you [in] goodness also."
May ALLAH SWT shed true light to all.
BarakhALLAHufikum, Wallahuallam.

Wednesday, February 22, 2012
I am no saint!
astaghfirullahalazim! astaghfirullahalazim! astaghfirullahalazim!
I am no saint! I am just a human with many flaws.
I ask and seek forgiveness from my God, my prophet and from all creations.
None is better that my beloved Prophet, Nabi Muhammad SAW. His ways I try my best to follow.
A lot has happen in this past years and i am thankful to ALLAH SWT for what I have and have not.
I pray may ALLAH grant me patience and wisdom along this journey of life.
I pray that I am always guided in making the right decission and choosing the true path, always guided by ALLAH SWT.
All praise to ALLAH SWT and his beloved messenger Nabi Muhammad SAW.
signing off till next time. Barakhallaufikum, Wassallamualaikum warrahmatullah'wabarakatuh.

Thursday, May 19, 2011
PROTON EXORA is O.K with me.
Assalamualaikum,
Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulilah...
Shukurlilahhitaalla.
baru-baru ini saya telah menukar kenderaan saya kepada kenderaan pelbagai guna buatan tempatan iaitu PROTON EXORA model M-Line (Model sederhana).
Pelbagai kisah telah saya dengar tentang kebaikan dan keburukan kereta ini, tapi selepas saya membuat sedikit 'survey' dan perbandingan dengan kenderaan pelbagai guna (MPV) yang lain serta ditambah dengan ditimbang-timbang, disukat-sukat, dibelek-belek dan dilambung-lambung... maka sahlah proton EXORA adalah kenderaan yang paling bersesuaian dengan saya sekeluarga.
Menggunakan khidmat rakan kepada rakan sekerja saya yang merupakan pembantu pengurus jualan proton, maka process untuk mendapatkan kereta pun bermula.
Mula-mula sekali, kami (saya dan isteri) menjual kereta yang sedia ada iaitu Hyundai Matrix 1.6A. Kereta ini telah menjalankan khidmat yang baik kepada kami walaupun pernah mengalami beberapa kerosakan, itu tidaklah perlu diambil kira kerana semua kenderaan pasti satu ketika akan mengalami kerosakan kecil atau pun besar. Apa yang pasti kereta Hyundai Matrik 1.6A ini telah menjalankan khidmatnya kepada saya sekeluarga dengan baik dan kami rasa sedih kerana terpaksa berpisah dengannya. Ini adalah kehidupan, setelah beberapa tahun pastinya ada perubahan dan pada perubahan ini akan belaku peningkatan atau penurunan kepada keperluan, bagi saya keperluan telah meningkat dan keperluan itu mengatasi kehendak dan tindakan pelulah selari dengan keperluan.
Dalam process untuk mengambil keputusan untuk menukar kenderaan, pelbagai faktor perlu diambil kira. Antara faktor yang paling penting telah saya ambil kira adalah keredaan 'lilahtaalla'. Apa yang saya paling takut adalah kelak diakhirat (tentu akan berlaku) saya akan dipersoalkan tentang keperluan menukar kenderaan dan bagaimana penggunaan nikmat ini dilaksanakan. Adakah timbul riak, takabur, ujub dan pembaziran? saya sangat takut akan perkara ini... saya doa agar saya dilindungi oleh ALLAH azza wa jalla dari sifat2 berikut dan kekufuran daripada nikmat yang diberikan. amin!
Kembali kepada kereta proton exora ini, pada 23 April 2001 hari sabtu bersamaan 19 jamadilawal 1432 hijrah, kereta exora kami(sebenarnya bank yang punya.. pasal loan dgn bank :P) pun sampailah ke kediaman kami.
Syukur kami kepada ALLAH subahanawattalla.
dah semenjak itu ..dah beberapa perubahan yang saya lakukan ...nak tau.. nanti saya ceritekan kemudian.. :)
wassallam...

Thursday, November 11, 2010
Have you heard? - what have you been doing?
It is sad as most of us, ney... 99.9% of us are doing nothing to defend and support our brothers and sisters... it is a disgrace to us all.
we hide ourselves with worldly matter and possession, we like to believe that we are doing something right with the ja’maah we follow…. but all of these are true lies that without any doubt we deny any of it.
Oh what punishment will be waiting for us if not here, in there after life…. When ALLAH jalla-jallalu question us, dare we look and say that we have done what we can when our tummy are fat from too much eating?
Dare we say that we have done our best and we can’t do any more when we are strong enough to enjoy life?
We are all lying to ourself … we talk too much...
Oh ALLAH S.W.T please have mercy toward us for we are liars to our self and our own faith.
Thursday, October 28, 2010
Maklumat Tentang Sujud Sajadah
Assalamualaikum waramatullahi wabarakatuh.
Bismillahi-rahmani-rahim.
Sujud Sajadah atau sujud Tilawah itu ialah perbuatan sujud apabila seseorang itu bertemu ayat sajadah dalam bacaan al-Qur'an sama ada di dalam solat ataupun di luar solat.
Orang yang mendengar juga disunatkan sujud apabila mendengar ayat sajadah. Ini bermaksud, orang yang disunatkan sujud ialah orang yang membaca ayat sajadah dalam solat, orang yang membacanya di luar solat, orang yang mendengar tidak dalam solat dan tidak membaca.
Cara melakukan sujud sajadah didalam solat adalah dengan sujud tanpa mengangkat tangan sebaik sahaja selepas membaca ayat sajadah, kemudian membaca doa sujud sajadah semasa dalam sujud, kemudian terus berdiri dan meneruskan bacaan selanjutnya. Jikamana bacaan surah telah tamat diakhir surah maka bangun dari sujud sajadah dan terus rukuk selepas berdiri sebentar .
Sunat bertakbir sebelum turun dari qiam untuk melakukan sujud sajadah. Sunatkan juga bertakbir apabila naik dari sujud. Tidak perlu mengangkat tangan ketika naik dari sujud.
Bacaan sewaktu sujud:
سَجَدَ وَجْهِيَ لِلَّذِيْ خَلَقَهُ وَصَوَّرَهُ وَشَقَّ سَمْعَهُ وَبَصَرَهُ،
بِحَولِهِ وَ قْوَّتِهِ فَتَبَارَكَ اللهُ أَحْسَنُ الْخَالِقِيْنَ
"sajada wajhiya lillazii kholaqohuu wa syaqqa sam'ahuu wa basorahuu bihaulihii wa quwwatihii fatabaarokallahu ahsanul kholiqiin".
Bermaksud: Bersujud wajahku kepada Tuhan yang menciptakannya, yang membelah pendengaran dan penglihatannya dengan Daya dan KekuatanNya, Maha Suci Allah, sebaik-baik Pencipta. (HR. At-Tirmidzi 2/474. Ahmad 6/30 dan Al-Hakim)
Daripada Abu Hurairah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. telah bersabda: Apabila anak Adam membaca ayat Sajdah, lalu dia sujud; maka syaitan jatuh sambil menangis. Katanya, "Celaka aku! Anak Adam disuruh sujud, maka dia sujud, lalu mendapat syurga. Aku disuruh sujud, tetapi aku menolak maka untukku neraka." (HR Al-Bukhari dan Muslim)
Dari Umar r.a.: Pada suatu hari Jumaat, dia (Rasulullah) membaca surah al-Nahl di atas mimbar, maka ketika sampai pada ayat sajadah, dia lalu turun dan sujud. Dan para hadirin juga turut melakukan sujud. Pada hari Jumaat berikutnya, dibacanya surah berkenaan, lalu apabila sampai pada ayat sajdah dia berkata: "Wahai manusia, sebenarnya kita tidak diperintahkan (diwajibkan) sujud tilawah. Tetapi barangsiapa bersujud, dia telah melakukan yang benar. Dan barangsiapa yang tidak melakukannya, maka dia tidak mendapat dosa." (HR Bukhari)
Ayat-ayat sujud sajadah ialah:
1. Surah 7 (Al-A’Raaf) Ayat 206
2. Surah 13 (Ar-Ra’d) Ayat 15
3. Surah 16 (Al-Nahl) Ayat 50
4. Surah 17 (Al-Isra’) Ayat 109
5. Surah 19 (Maryam) Ayat 58
6. Surah 22 (Al-Hajj) Ayat 18
7. Surah 22 (Al-Hajj) Ayat 77
8. Surah 25 (Al-Furqaan) Ayat 60
9. Surah 27 (An Naml) Ayat 26
10. Surah 32 (As-Sajdah) Ayat 15
11. Surah 38 (Shaad) Ayat 24
12. Surah 41 (Fushshilat) Ayat 38
13. Surah 53 (An-Najm) Ayat 62
14. Surah 84 (Al-Insyiqaq) Ayat 21
15. Surah 96 (Al-'Alaq) Ayat 19
Sepuluh ayat yang disepakati sebagai ayat sajadah
Empat ayat yang termasuk ayat sajadah namun diperselisihkan, akan tetapi ada dalil shahih yang menjelaskannya
{Shaad ayat 24, An Najm ayat 62 (ayat terakhir), Al Insyiqaq ayat 20-21, Al ‘Alaq ayat 19 (ayat terakhir)}
Satu ayat yang masih diperselisihkan dan tidak ada hadits marfu’ yang menjelaskannya, iaitu surat Al Hajj ayat 77. Banyak sahabat yang menganggap ayat ini sebagai ayat sajadah semacam Ibnu ‘Umar, Ibnu ‘Abbas, Ibnu Mas’ud, Abu Musa, Abud Darda, dan ‘Ammar bin Yasar.
Ibnu Qudamah mengatakan,
“Kami tidaklah mengetahui adanya perselisihan di masa sahabat mengenai ayat ini sebagai ayat sajadah. Maka ini menunjukkan bahwa para sahabat telah berijma’ (bersepakat) dalam masalah ini.” (Al Mughni, 3/88)
Antara bacaan ketika sujud tilawah sama seperti bacaan sujud ketika shalat. Ada beberapa bacaan yang boleh kita baca sewaktu bersujud antaranya ialah:
(1) Dari Hudzaifah, beliau menceritakan tata cara shalat Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam dan ketika sujud beliau membaca:
“Subhaana robbiyal a’laa”
[Maha Suci Allah Yang Maha Tinggi] (HR. Muslim no. 772)
(2) Dari ‘Aisyah, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam biasa membaca do’a ketika ruku’ dan sujud:
“Subhaanakallahumma robbanaa wa bi hamdika, allahummagh firliy.”
[Maha Suci Engkau Ya Allah, Rabb kami, dengan segala pujian kepada-Mu, ampunilah dosa-dosaku] (HR. Bukhari no. 817 dan Muslim no. 484)
(3) Dari ‘Ali bin Abi Tholib, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam ketika sujud membaca:
“Allahumma laka sajadtu, wa bika aamantu wa laka aslamtu, sajada wajhi lilladzi kholaqohu, wa showwarohu, wa syaqqo sam’ahu, wa bashorohu. Tabarakallahu ahsanul kholiqiin.”
[Ya Allah, kepada-Mu lah aku bersujud, karena-Mu aku beriman, kepada-Mu aku berserah diri. Wajahku bersujud kepada Penciptanya, yang Membentuknya, yang Membentuk pendengaran dan penglihatannya. Maha Suci Allah Sebaik-baik Pencipta] (HR. Muslim no. 771)
Hadits dari Ibnu ‘Umar:
“Nabi shallalahu ‘alaihi wa sallam pernah membaca Al Qur’an yang di dalamnya terdapat ayat sajadah. Kemudian ketika itu beliau bersujud, kami pun ikut bersujud bersamanya sampai-sampai di antara kami tidak mendapati tempat karena posisi dahinya.” (HR. Bukhari dan Muslim)
Dari Zaid bin Tsabit:
“Aku pernah membacakan pada Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam surat An Najm, (tatkala bertemu pada ayat sajadah dalam surat tersebut) beliau tidak bersujud.” (HR. Bukhari dan Muslim).
Jelasnya ialah sujud sajadah/tilawah tidaklah wajib, namun sunnah (yang digalakan). Dalil yang memalingkan dari perintah wajib adalah dari hadits muttafaqun ‘alaih (diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim).
Ya Allah, berilah manfaat terhadap apa yang kami pelajari, ajarilah ilmu yang belum kami ketahui dan tambahkanlah selalu ilmu kepada kami.
Alhamdulillahilladzi bi ni’matihi tatimmush sholihaat. Wa shallallahu ‘ala nabiyyina Muhammad wa ‘ala alihi wa shohbihi wa sallam.

Monday, October 18, 2010
Sahabat? pilih yang betul...
Assalamualaikum WBT.
Bismillaharrahmanirahim,
Al-Qamah menggariskan 5 cara untuk memilih sahabat yang mana boleh dijadikan garis panduan untuk kita hamba yang umum ini untuk memilih sahabat yang baik dan menyenangkan.
1- Memilih sahabat yang melindungi sahabatnya.
Seperti contoh jika sahabatnya kekurangan keperluan, dia akan mencukupkan apa yang kurang.
2- Memilih sahabat yang apabila dihulurkan tangan untuk memberikan kebaikan atau bantuan, dia suka menerima dengan rasa terharu dan jikalau dia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia akan gembira akannya.
3- Memilih sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan kebaikan atau bantuan, ia suka menerima dengan rasa terharu dan menganggapnya sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukan dirimu dia akan mendiamkannya.
4- Memilih sahabat yang jika engkau meminta sesuatu daripadanya, dia pasti memberi dan jika engkau diam, dia akan mula-mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia akan membantu dan meringankan bebananmu serta menghiburkanmu.
5- Memilih sahabat yang jika engkau berkata, dia suka membenarkan ucapan dan bukan hanya sekadar mempercayainya saja. Jika engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakan mencari jawapan dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk menjaga hati dan kepentinganmu.
Dalam memilih sahabat hendaklah kita memilih sahabat yang baik agar segala matlamat dan hasrat untuk menjalankan kewajiban Islam dapat dilaksanakan, lebih manis bersama-sama sahabat yang mulia.
Insha'allah.
adab-adab bersahabat:
1. BERUSAHALAH MEMILIH SAHABAT2 YANG SOLEH.
nanti di neraka orang-orang kafir akan mengatakan “aduh sekiranya aku mengambil FULAN itu sebagai temanku...” (menyatakan kekesalan tidak memilih sahabat yabg soleh)
dan ingatlah sabda nabi S.A.W “Agama seseorang itu bergantung apda agama SAHABATNYA”
maka lihatlah siapa saja temannya.
2. MENERIMA KEKURANGAN-KEKURANGAN SAHABAT KITA
Bersabarlah bersama orang-orang yang menyeru Tuhannya pada pagi dan petang hari
karena ada pepatah yang menyatakan TAK ADA GADING YANG TAK RETAK.
dan kamu harus BERSABAR!!
3. TIDAK MENCARI-CARI KESALAHAN SAHABAT KITA
jangan mengatakan ahh si fulan mah begini… ah sifulan mah begitu…..
tapi fikirkanlah apa yang telah anda lakukan...
4. TIDAK BOLEH BERGEMBIRA JIKA SAHABAT KITA SALAH, ATAU BERGEMBIRA DENGAN KESALAHAN SAHABAT KITA
jangan di jadikannya “SENJATA” untuk menyerang, seperti menyebut 'NAH ini ni ….
Nah Ini dia…..'
5. MENUTUPI KESALAHAN YANG DILAKUKAN OLEH SAHABAT-SAHABAT KITA KALAU MEMANG SAHABATMU ITU BERBUAT SALAH.
tidakkah kita ingat tentang orang yang menutup AIB saudaranya.
6. TIDAK BERIMAN SALAH SEORANG DI ANTARA KAMU SEHINGGA KAMU MENYUKAI SAHABAT KAMU APA YANG KAMU SUKAI TERHADAP DIRI KAMU SENDIRI.
7. MENDO’AKAN DARI KEJAUHAN MAKA ALLAH AKAN MENGIRIMKAN MALAIKAT DAN MENGATAKAN “ENGKAU MENDAPATKAN YANG SEPERTINYA”
8. MEMBANTU SAHABAT KITA YANG KESUSAHAN “BARANG SIAPA YANG MENGHILANGKAN KESUSAHAN SEORANG MU’MIN MAKA ALLAH AKAN MENGHILANGKAN KESULITANNYA PADA HARI KIAMAT.”
9. BER’AMAR MA’RUF NAHI MUNKAR.
Mengingatkan sahabat dalam perkara kebaikan dan menegah kepada perkara kemungkaran.
Tuesday, October 5, 2010
A Happy News Indeed..
Alhamdullilah,
On 25th of September at 2:45pm, with Allah Grace, my wife has delivered a beautiful baby girl. This was way a few weeks ahead of schedule, we were caught a bit off guard. Thanks to ALLAH the most compassionate and most affectionate, all has went well. We named her Nurameera Zahra which mean 'The glow of a princess by beauty'. A long wait that we've been waiting for.
Truly a bundle of Joy.
Thank you Allah.
Thursday, July 22, 2010
WAHYU TERAKHIR KEPADA RASULULLAH SAW
Diriwayatkan bahwa surah Al-Maaidah ayat 3 diturunkan pada sesudah waktu asar yaitu pada hari Jumaat di padang Arafah pada musim haji penghabisan [Wada'].
Pada masa itu Rasulullah SAW berada di Arafah di atas unta. Ketika ayat ini turun Rasulullah SAW tidak begitu jelas penerimaannya untuk mengingati isi dan makna yang terkandung dalam ayat tersebut. Kemudian Rasulullah SAW bersandar pada unta beliau, dan unta beliau pun duduk perlahan-lahan. Setelah itu turun malaikat Jibril AS dan berkata:
"Wahai Muhammad, sesungguhnya pada hari ini telah disempurnakan urusan agamamu, maka terputuslah apa yang diperintahkan oleh Allah SWT dan demikian juga apa yang terlarang olehnya. Oleh itu kamu kumpulkan para sahabatmu dan beritahu kepada mereka bahwa hari ini adalah hari terakhir aku bertemu dengan kamu."
Setelah Malaikat Jibril AS pergi maka Rasulullah SAW pun berangkat ke Mekah dan terus pergi ke Madinah.Setelah Rasulullah SAW mengumpulkan para sahabat beliau, maka Rasulullah SAW pun menceritakan apa yang telah diberitahu oleh malaikat Jibril AS. Apabila para sahabat mendengar hal yang demikian maka mereka pun gembira sambil berkata:
"Agama kita telah sempurna. Agama kila telah sempurna."
Apabila Abu Bakar ra. mendengar keterangan Rasulullah SAW itu, maka ia tidak dapat menahan kesedihannya maka ia pun kembali ke rumah lalu mengunci pintu dan menangis sekuat-kuatnya. Abu Bakar ra. menangis dari pagi hingga ke malam. Kisah tentang Abu Bakar ra. menangis telah sampai kepada para sahabat yang lain, maka berkumpullah para sahabat di depan rumah Abu Bakar ra. dan mereka berkata: "Wahai Abu Bakar, apakah yang telah membuat kamu menangis sehingga begini sekali keadaanmu? Seharusnya kamu merasa gembira sebab agama kita telah sempuma." Mendengarkan pertanyaan dari para sahabat maka Abu Bakar ra. pun berkata, "Wahai para sahabatku, kamu semua tidak tahu tentang musibah yang menimpa kamu, tidakkah kamu tahu bahwa apabila sesualu perkara itu telah sempuma maka akan kelihatanlah akan kekurangannya. Dengan turunnya ayat tersebut bahwa ia menunjukkan perpisahan kita dengan Rasulullah SAW. Hasan dan Husin menjadi yatim dan para isteri nabi menjadi janda."
Selelah mereka mendengar penjelasan dari Abu Bakar ra. maka sadarlah mereka akan kebenaran kata-kata Abu Bakar ra., lalu mereka menangis dengan sekuat-kuatnya. Tangisan mereka telah didengar oleh para sahabat yang lain, maka mereka pun terus memberitahu Rasulullah SAW tentang apa yang mereka lihat itu. Berkata salah seorang dari para sahabat, "Ya Rasulullah SAW, kami baru kembali dari rumah Abu Bakar ra. dan kami dapati banyak orang menangis dengan suara yang kuat di depan rumah beliau." Apabila Rasulullah SAW mendengar keterangan dari para sahabat, maka berubahlah muka Rasulullah SAW dan dengan bergegas beliau menuju ke rumah Abu Bakar ra.. Setelah Rasulullah SAW sampai di rumah Abu Bakar ra. maka Rasulullah SAW melihat kesemua mereka yang menangis dan bertanya, "Wahai para sahabatku, kenapakah kamu semua menangis?." Kemudian Ali ra. berkata, "Ya Rasulullah SAW, Abu Bakar ra. mengatakan dengan turunnya ayat ini membawa tanda bahwa waktu wafatmu telah dekat. Adakah ini benar ya Rasulullah?." Lalu Rasulullah SAW berkata: "Semua yang dikatakan oleh Abu Bakar ra. adalah benar, dan sesungguhnya waktu untuk aku meninggalkan kamu semua telah dekat".
Setelah Abu Bakar ra. mendengar pengakuan Rasulullah SAW, maka ia pun menangis sekuat tenaganya sehingga ia jatuh pingsan. Sementara 'Ukasyah ra. berkata kepada Rasulullah SAW, 'Ya Rasulullah, waktu itu saya anda pukul pada tulang rusuk saya. Oleh itu saya hendak tahu apakah anda sengaja memukul saya atau hendak memukul unta baginda." Rasulullah SAW berkata: "Wahai 'Ukasyah, Rasulullah SAW sengaja memukul kamu." Kemudian Rasulullah SAW berkata kepada Bilal ra., "Wahai Bilal, kamu pergi ke rumah Fathimah dan ambilkan tongkatku ke mari." Bilal keluar dari masjid menuju ke rumah Fathimah sambil meletakkan tangannya di atas kepala dengan berkata, "Rasulullah telah menyediakan dirinya untuk dibalas [diqishash]."
Setelah Bilal sampai di rumah Fathimah maka Bilal pun memberi salam dan mengetuk pintu. Kemudian Fathimah ra. menyahut dengan berkata: "Siapakah di pintu?." Lalu Bilal ra. berkata: "Saya Bilal, saya telah diperintahkan oleh Rasulullah SAW unluk mengambil tongkat beliau."Kemudian Fathimah ra. berkata: "Wahai Bilal, untuk apa ayahku minta tongkatnya." Berkata Bilal ra.: "Wahai Fathimah, Rasulullah SAW telah menyediakan dirinya untuk diqishash." Bertanya Fathimah ra. lagi: "Wahai Bilal, siapakah manusia yang sampai hatinya untuk menqishash Rasulullah SAW?" Bilal ra. tidak menjawab perlanyaan Fathimah ra., Setelah Fathimah ra. memberikan tongkat tersebut, maka Bilal pun membawa tongkat itu kepada Rasulullah SAW Setelah Rasulullah SAW menerima tongkat tersebut dari Bilal ra. maka beliau pun menyerahkan kepada 'Ukasyah.
Melihatkan hal yang demikian maka Abu Bakar ra. dan Umar ra. tampil ke depan sambil berkata: "Wahai 'Ukasyah, janganlah kamu qishash baginda SAW tetapi kamu qishashlah kami berdua." Apabila Rasulullah SAW mendengar kata-kata Abu Bakar ra. dan Umar ra. maka dengan segera beliau berkata: "Wahai Abu Bakar, Umar dudukiah kamu berdua, sesungguhnya Allah SWT telah menetapkan tempatnya untuk kamu berdua." Kemudian Ali ra. bangun, lalu berkata, "Wahai 'Ukasyah! Aku adalah orang yang senantiasa berada di samping Rasulullah SAW oleh itu kamu pukullah aku dan janganlah kamu menqishash Rasulullah SAW" Lalu Rasultillah SAW berkata, "Wahai Ali duduklah kamu, sesungguhnya Allah SWT telah menetapkan tempatmu dan mengetahui isi hatimu." Setelah itu Hasan dan Husin bangun dengan berkata: "Wahai 'Ukasyah, bukankah kamu tidak tahu bahwa kami ini adalah cucu Rasulullah SAW, kalau kamu menqishash kami sama dengan kamu menqishash Rasulullah SAW" Mendengar kata-kata cucunya Rasulullah SAW pun berkata, "Wahai buah hatiku duduklah kamu berdua." Berkata Rasulullah SAW "Wahai 'Ukasyah pukullah saya kalau kamu hendak memukul."
Kemudian 'Ukasyah berkata: "Ya Rasulullah SAW, anda telah memukul saya sewaktu saya tidak memakai baju." Maka Rasulullah SAW pun membuka baju. Setelah Rasulullah SAW membuka baju maka menangislah semua yang hadir. Setelah 'Ukasyah melihat tubuh Rasulullah SAW maka ia pun mencium beliau dan berkata, "Saya tebus anda dengan jiwa saya ya Rasulullah SAW, siapakah yang sanggup memukul anda. Saya melakukan begini adalah sebab saya ingin menyentuh badan anda yang dimuliakan oleh Allah SWT dengan badan saya. Dan Allah SWT menjaga saya dari neraka dengan kehormatanmu." Kemudian Rasulullah SAW berkata, "Dengarlah kamu sekalian, sekiranya kamu hendak melihat ahli syurga, inilah orangnya." Kemudian semua para jemaah bersalam-salaman atas kegembiraan mereka terhadap peristiwa yang sangat genting itu. Setelah itu para jemaah pun berkata, "Wahai 'Ukasyah, inilah keuntungan yang paling besar bagimu, engkau telah memperolehi derajat yang tinggi dan bertemankan Rasulullah SAW di dalam syurga."
Apabila ajal Rasulullah SAW makin dekat maka beliau pun memanggil para sahabat ke rumah Aisyah ra. dan beliau berkata: "Selamat datang kamu semua semoga Allah SWT mengasihi kamu semua, saya berwasiat kepada kamu semua agar kamu semua bertaqwa kepada Allah SWT dan mentaati segala perintahnya. Sesungguhnya hari perpisahan antara saya dengan kamu semua hampir dekat, dan dekat pula saat kembalinya seorang hamba kepada Allah SWT dan menempatkannya di syurga. Kalau telah sampai ajalku maka hendaklah Ali yang memandikanku, Fadhl bin Abbas hendaklah menuangkan air dan Usamah bin Zaid hendaklah menolong keduanya. Setelah itu kamu kafanilah aku dengan pakaianku sendiri apabila kamu semua menghendaki, atau kafanilah aku dengan kain yaman yang putih. Apabila kamu memandikan aku, maka hendaklah kamu letakkan aku di atas balai tempat tidurku dalam rumahku ini. Setelah itu kamu semua keluarlah sebentar meninggalkan aku. Pertama yang akan menshalatkan aku ialah Allah SWT, kemudian yang akan menshalat aku ialah Jibril AS, kemudian diikuti oleh malaikat Israfil, malaikat Mikail, dan yang akhir sekali malaikat lzrail berserta dengan semua para pembantunya. Setelah itu baru kamu semua masuk bergantian secara berkelompok bershalat ke atasku."
Setelah para sahabat mendengar ucapan yang sungguh menyayat hati itu maka mereka pun menangis dengan nada yang keras dan berkata, "Ya Rasulullah SAW anda adalah seorang Rasul yang diutus kepada kami dan untuk semua, yang mana selama ini anda memberi kekuatan dalam penemuan kami dan sebagai penguasa yang menguruskan perkara kami. Apabila anda sudah tiada nanti kepada siapakah akan kami tanya setiap persoalan yang timbul nanti?." Kemudian Rasulullah SAW berkata, "Dengarlah para sahabatku, aku tinggalkan kepada kamu semua jalan yang benar dan jalan yang terang, dan telah aku tinggalkan kepada kamu semua dua penasihat yang satu daripadanya pandai bicara dan yang satu lagi diam saja. Yang pandai bicara itu ialah Al-Quran dan yang diam itu ialah maut. Apabila ada sesuatu persoalan yang rumit di antara kamu, maka hendaklah kamu semua kembali kepada Al-Quran dan Hadis-ku dan sekiranya hati kamu itu berkeras maka lembutkan dia dengan mengambil pelajaran dari mati."
Setelah Rasulullah SAW berkata demikian, maka sakit Rasulullah SAW bermula. Dalam bulan safar Rasulullah SAW sakit selama 18 hari dan sering diziaiahi oleh para sahabat. Dalam sebuah kitab diterangkan bahwa Rasulullah SAW diutus pada hari Senin dan wafat pada hari Senin. Pada hari Senin penyakit Rasulullah SAW bertambah berat, setelah Bilal ra. menyelesaikan azan subuh, maka Bilal ra. pun pergi ke rumah Rasulullah SAW. Sesampainya Bilal ra. di rumah Rasulullah SAW maka Bilal ra. pun memberi salam, "Assalaarnualaika ya rasulullah." Lalu dijawab oleh Fathimah ra., "Rasulullah SAW masih sibuk dengan urusan beliau." Setelah Bilal ra. mendengar penjelasan dari Fathimah ra. maka Bilal ra. pun kembali ke masjid tanpa memahami kata-kata Fathimah ra. itu. Apabila waktu subuh hampir hendak lupus, lalu Bilal pergi sekali lagi ke rumah Rasulullah SAW dan memberi salam seperti permulaan tadi, kali ini salam Bilal ra. telah di dengar oleh Rasulullah SAW dan baginda berkata, "Masuklah wahai Bilal, sesungguhnya penyakitku ini semakin berat, oleh itu kamu suruhlah Abu Bakar mengimamkan shalat subuh berjemaah dengan mereka yang hadir." Setelah mendengar kata-kata Rasulullah SAW maka Bilal ra. pun berjalan menuju ke masjid sambil meletakkan tangan di atas kepala dengan berkata: "Aduh musibah."
Setelah Bilal ra. sarnpai di masjid maka Bilal ra. pun memberitahu Abu Bakar tentang apa yang telah Rasulullah SAW katakan kepadanya. Abu Bakar ra. tidak dapat menahan dirinya apabila ia melihat mimbar kosong maka dengan suara yang keras Abu Bakar ra. menangis sehingga ia jatuh pingsan. Melihatkan peristiwa ini maka riuh rendah tangisan sahabat dalam masjid, sehingga Rasulullah SAW bertanya kepada Fathimah ra.; "Wahai Fathimah apakah yang telah berlaku?." Maka Fathimah ra. pun berkata: "Kekecohan kaum muslimin, sebab anda tidak pergi ke masjid." Kemudian Rasulullah SAW memanggil Ali ra. dan Fadhl bin Abas ra., lalu Rasulullah SAW bersandar kepada kedua mereka dan terus pergi ke masjid. Setelah Rasulullah SAW sampai di masjid maka beliau pun bershalat subuh bersama dengan para jemaah.
Setelah selesai shalat subuh maka Rasulullah SAW pun berkata, "Wahai kaum muslimin, kamu semua senantiasa dalam pertolongan dan pemeliharaan Allah, oleh itu hendaklah kamu semua bertaqwa kepada Allah SWT dan mengerjakan segala perintahnya. Sesungguhnya aku akan meninggalkan dunia ini dan kamu semua, dan hari ini adalah hari pertama aku di akhirat dan hari terakhir aku di dunia." Setelah berkata demikian maka Rasulullah SAW pun pulang ke rumah beliau. Kemudian Allah SWT mewahyukan kepada malaikat lzrail AS, "Wahai lzrail, pergilah kamu kepada kekasihku dengan sebaik-baik rupa, dan apabila kamu hendak mencabut ruhnya maka hendaklah kamu melakukan dengan cara yang paling lembut sekali. Apabila kamu pergi ke rumahnya maka minta izinlah lerlebih dahulu, kalau ia izinkan kamu masuk, maka masukiah kamu ke rumahnya dan kalau ia tidak mengizinkan kamu masuk maka hendaklah kamu kembali padaku."
Setelah malaikat lzrail mendapat perintah dari Allah SWT maka malaikal lzrail pun turun dengan menyerupai orang Arab Badwi. Setelah malaikat lzrail sampai di depan rumah Rasulullah SAW maka ia pun memberi salam, "Assalaamu alaikum yaa ahla baitin nubuwwati wa ma danir risaalati a adkhulu?" (Mudah-mudahan keselamatan tetap untuk kamu semua sekalian, wahai penghuni rumah nabi dan sumber risaalah, bolehkan saya masuk?) Apabila Fathimah mendengar orang memberi salam maka ia-pun berkata; "Wahai hamba Allah, Rasulullah SAW sedang sibuk sebab sakitnya yang semakin berat." Kemudian malaikat lzrail berkata lagi seperti dipermulaannya, dan kali ini seruan malaikat itu telah didengar oleh Rasulullah SAW dan Rasulullah SAW bertanya kepada Fathimah ra., "Wahai Fathimah, siapakah di depan pintu itu." Maka Fathimah ra. pun berkata, "Ya Rasulullah, ada seorang Arab badwi memanggil mu, dan aku telah katakan kepadanya bahwa anda sedang sibuk sebab sakit, sebaliknya dia memandang saya dengan tajam sehingga terasa menggigil badan saya." Kemudian Rasulullah SAW berkata; "Wahai Fathimah, tahukah kamu siapakah orang itu?." Jawab Fathimah,"Tidak ayah." "Dia adalah malaikat lzrail, malaikat yang akan memutuskan segala macam nafsu syahwat yang memisahkan perkumpulan-perkumpulan dan yang memusnahkan semua rumah serta meramaikan kubur." Fathimah ra. tidak dapat menahan air matanya lagi setelah mengetahui bahwa saat perpisahan dengan ayahandanya akan berakhir, dia menangis sepuas-puasnya. Apabila Rasulullah SAW mendengar tangisan Falimah ra. maka beliau pun berkata: "Janganlah kamu menangis wahai Fathimah, engkaulah orang yang pertama dalam keluargaku akan bertemu dengan aku." Kemudian Rasulullah SAW pun mengizinkan malaikat lzrail masuk. Maka malaikat lzrail pun masuk dengan mengucap, "Assalamuaalaikum ya Rasulullah." Lalu Rasulullah SAW menjawab: "Wa alaikas saalamu, wahai lzrail engkau datang menziarahi aku atau untuk mencabut ruhku?" Maka berkata malaikat lzrail: "Kedatangan saya adalah untuk menziarahimu dan untuk mencabut ruhmu, itupun kalau engkau izinkan, kalau engkau tidak izinkan maka aku akan kembali." Berkata Rasulullah SAW, "Wahai lzrail, di manakah kamu tinggalkan Jibril?" Berkata lzrail: "Saya tinggalkan Jibril di langit dunia, para malaikat sedang memuliakan dia." Tidak beberapa lama kemudian Jibril AS pun turun dan duduk di dekat kepala Rasulullah SAW.
Apabila Rasulullah SAW melihat kedatangan Jibril AS maka Rasulullah SAW pun berkata: "Wahai Jibril, tahukah kamu bahwa ajalku sudah dekat" Berkata Jibril AS, "Ya aku tahu." Rasulullah SAW bertanya lagi, "Wahai Jibril, beritahu kepadaku kemuliaan yang menggembirakan aku disisi Allah SWT" Berkata Jibril AS, "Sesungguhnya semua pintu langit telah dibuka, para malaikat bersusun rapi menanti ruhmu dilangit. Kesemua pintu-pintu syurga telah dibuka, dan kesemua bidadari sudah berhias menanti kehadiran ruhmu." Berkata Rasulullah SAW: "Alhamdulillah, sekarang kamu katakan pula tentang umatku di hari kiamat nanti." Berkata Jibril AS, "Allah SWT telah berfirman yang bermaksud,
"Sesungguhnya aku telah melarang semua para nabi masuk ke dalam syurga sebelum engkau masuk terlebih dahulu, dan aku juga melarang semua umat memasuki syurga sebelum umatmu memasuki syurga."
Berkata Rasulullah SAW: "Sekarang aku telah puas hati dan telah hilang rasa susahku." Kemudian Rasulullah SAW berkata: "Wahai lzrail, mendekatlah kamu kepadaku." Selelah itu Malaikat lzrail pun memulai tugasnya, apabila ruh beliau sampai pada pusat, maka Rasulullah SAW pun berkata: "Wahai Jibril, alangkah dahsyatnya rasa mati." Jibril AS mengalihkan pandangan dari Rasulullah SAW apabila mendengar kata-kata beliau itu. Melihatkan telatah Jibril AS itu maka Rasulullah SAW pun berkata: "Wahai Jibril, apakah kamu tidak suka melihat wajahku?" Jibril AS berkata: "Wahai kekasih Allah, siapakah orang yang sanggup melihat wajahmu dikala kamu dalam sakaratul maut?" Anas bin Malik ra. berkata: "Apabila ruh Rasulullah SAW telah sampai di dada beliau telah bersabda,
"Aku wasiatkan kepada kamu agar kamu semua menjaga shalat dan apa-apa yang telah diperintahkan ke atasmu."
Ali ra. berkata: "Sesungguhnya Rasulullah SAW ketika menjelang saat-saat terakhir, telah mengerakkan kedua bibir beliau sebanyak dua kali, dan saya meletakkan telinga, saya dengan Rasulullah SAW berkata: "Umatku, umatku." Telah bersabda Rasulullah SAW bahwa: "Malaikat Jibril AS telah berkata kepadaku; "Wahai Muhammad, sesungguhnya Allah SWT telah menciptakan sebuah laut di belakang gunung Qaf, dan di laut itu terdapat ikan yang selalu membaca selawat untukmu, kalau sesiapa yang mengambil seekor ikan dari laut tersebut maka akan lumpuhlah kedua belah tangannya dan ikan tersebut akan menjadi batu."

Wednesday, July 7, 2010
Syaidina Umar Ibn Khattab ra
Pada sewaktu aku melangkah memasuki Masjidil-Haram sambil membantu ayahku berjalan untuk menunaikan ibadah munculah seorang lelaki berbangsa arab. Orangnya agak tinggi, kepalaku separas rendah sedikit dari bahunya. Badannya lebar, tegap dan kelihatan perkasa, mukanya tegas dan serius. Kadar umurnya dilingkungan lewat 20-an atau awal 30-an. Lelaki ini dengan mudah membantu kami dalam urusan ibadat kami kerana melihat kesukaranku membantu ayah. Setelah selesai, kami bebicara (bual) sebentar. Bayangkanlah aku yang tidah tahu berbahasa arab melainkan yang amat sedikit berkata-kata dengannya yang hanya berbahasa arab. Simbul dan gerak tangan mula membantu. Dari apa yang kami bualkan, beliau menyatakan beliau berasal dari madinah dan asal nasab beliau adalah daripada Syaidina Umar Ibn Khattab ra. Secara ditakdirkan juga nama beliau juga adalah Umar ibn Khattab.
Masya'allah, terima kasih kepada ALLAH Azza-Wajalla kerana memberi peluang kepada aku dan ayah untuk bergaul walaupun sebentar bersama salah seorang daripada keturunan sahabat yang amat rapat dan pelindung kepada Maulana Habibullah al-haj Syaidina Muhammad Rasullulah S.A.W.
Daripada pemerhatian dan pandanganku, jika ada sedikit pun (kira secolek sekalipun) persamaan fisikal beliau dengan Syaidina Umar ra. (jika boleh dikata begitu) tentulah amat hebat sekali Syaidina Umar ra. itu sebagai pahlawan dan tentu amat mengerunkan musuh-musuh Islam.
Terima kasihku dengan penuh tawaduk dan keinsafan kepada ALLAH Azza-Wajalla dengan rahmat, kasih sayang dan pemberian-Nya. Subahana'llah, Alhamduli'llah... Allah Hu-Akbar.
Dengan ini, ikutilah sedikit kisah Syaidina Umar Ibn Khattab ra.
.................
Seorang pemuda yang gagah perkasa berjalan dengan langkah yang mantap mencari Nabi Muhammad Rasullulah S.A.W hendak membunuhnya. Ia sangat membenci Nabi Muhammad Rasullulah S.A.W, dan agama baru yang dibawanya. Di tengah perjalanan ia bertemu dengan seseorang yang bernama Naim bin Abdullah yang menanyakan tujuan perjalanannya tersebut. Kemudian diceritakannya niatnya itu. Dengan mengejek, Naim mengatakan agar ia lebih baik memperbaiki urusan rumah tangganya sendiri terlebih dahulu. Seketika itu juga pemuda itu kembali ke rumah dan mendapatkan ipar lelakinya sedang asyik membaca kitab suci Al-Qur'an. Langsung sang ipar dipukul dengan ganas, pukulan yang tidak membuat ipar maupun adiknya meninggalkan agama Islam. Pendirian adik perempuannya yang teguh itu akhirnya justru menentramkan hatinya dan malahan ia memintanya membaca kembali baris-baris Al-Qur'an. Permintaan tersebut dipenuhi dengan senang hati. Kandungan arti dan alunan ayat-ayat Kitabullah ternyata membuat si pemuda itu begitu terpesonanya, sehingga ia bergegas ke rumah Nabi Muhammad Rasullulah S.A.W dan langsung memeluk agama Islam.
Begitulah pemuda yang bernama Umar ibn Khattab, yang sebelum masuk Islam dikenal sebagai musuh Islam yang berbahaya. Dengan rahmat dan hidayah Allah, Islam telah bertambah kekuatannya dengan masuknya seorang pemuda yang gagah perkasa. Ketiga bersaudara itu begitu gembiranya, sehingga mereka secara spontan mengumandangkan "Allahu Akbar" (Allah Maha Besar). Gaungnya bergema di pegunungan di sekitarnya.
Umar masuk agama Islam pada usia 27 tahun. Beliau dilahirkan di Makkah, 40 tahun sebelum hijrah. Silsilahnya berkaitan dengan garis keturunan Nabi pada generasi ke delapan. Moyangnya memegang jabatan duta besar dan leluhurnya adalah pedagang. Ia salah satu dari 17 orang Makkah yang terpelajar ketika kenabian dianugerahkan kepada Nabi Muhammad Rasullulah S.A.W.
Dengan masuknya Syaidina Umar ra ke dalam agama Islam, kekuatan kaum Muslimin makin bertambah. Ia kemudian menjadi penasihat utama Syaidina Abu Bakar ra selama masa pemerintahan dua setengah tahun. Ketika Syaidina Abu Bakar ra meninggal dunia, ia dipilih menjadi khalifah Islam yang kedua, beliau memimpin dengan sangat hebat selama sepuluh setengah tahun. Ia meninggal pada tahun 644 M, dibunuh selagi menjadi imam sembahyang di masjid Nabi. Pembunuhnya bernama Feroz alias Abu Lu'lu, seorang Majusi yang tidak puas.
Ajaran-ajaran Nabi Muhammad Rasullulah S.A.W telah mengubah suku-suku bangsa Arab yang suka berperang menjadi bangsa yang bersatu, dan merupakan suatu revolusi terbesar dalam sejarah manusia. Dalam masa tidak sampai 30 tahun, orang-orang Arab yang suka berkelana telah menjadi tuan sebuah kerajaan terbesar di waktu itu. Prajurit-prajuritnya melanda tiga benua terkenal di dunia, dan dua kerajaan besar Caesar (Romawi) dan Chesroes (Parsi) berlutut di hadapan pasukan Islam yang perkasa. Nabi Muhammad Rasullulah S.A.W telah meninggalkan sekelompok orang yang tidak mementingkan diri, yang telah mengabdikan dirinya kepada satu tujuan, yakni berbakti kepada agama yang baru itu.
Salah seorang di antaranya adalah Syaidina Umar al-Faruq, seorang tokoh besar, di masa perang maupun di waktu damai. Tidak banyak tokoh dalam sejarah manusia yang telah menunjukkan kepintaran dan kebaikan hati yang melebihi Syaidina Umar ra, baik sebagai pemimpin tentara di medan perang, maupun dalam menjalankan tugas-tugas terhadap rakyat serta dalam hak ketaatan kepada keadilan. Kehebatannya terlihat juga dalam mengkonsolidasikan negeri-negeri yang telah di taklukkan.
Islam sempat dituduh menyebarluaskan dirinya melalui ujung pedang. Tapi kajian sejarah modern yang dilakukan kemudian membuktikan bahwa perang yang dilakukan orang Muslim selama kekhalifahan Khulafaurrosyidin adalah untuk mempertahankan diri.
Sejarawan Inggris, Sir William Muir, melalui bukunya yang termasyur, 'Rise, Decline and Fall of the Caliphate' mencatat bahwa setelah penaklukan Mesopotamia, seorang jenderal Arab bernama Zaid memohon izin Khalifah Syaidina Umar ra untuk mengejar tentara Parsi yang melarikan diri ke Khurasan. Keinginan jenderalnya itu ditolak Syaidina Umar ra dengan berkata, "Saya ingin agar antara Mesopotamia dan negara-negara di sekitar pegunungan-pegunungan menjadi semacam batas penyekat, sehingga orang-orang Parsi tidak akan mungkin menyerang kita. Demikian pula kita, kita tidak boleh menyerang mereka. Dataran Iraq sudah memenuhi keinginan kita. Saya lebih menyukai keselamatan bangsaku dari pada ribuan barang rampasan dan melebarkan wilayah penaklukkan." Muir mengulas demikian: "Pemikiran melakukan misi yang meliputi seluruh dunia masih merupakan suatu embrio, kewajiban untuk memaksakan agama Islam melalui peperangan belum lagi timbul dalam pikiran orang Muslimin."
Syaidina Umar ra adalah ahli strategi militer yang besar. Ia mengeluarkan perintah operasi ketenteraan secara mendetail. Pernah ketika mengadakan operasi tentera untuk menghadapi kejahatan orang-orang Parsi, beliau yang merancang komposisi pasukan Muslim, dan mengeluarkan perintah dengan detailnya. Saat beliau menerima khabar hasil pertempurannya beliau ingin segera menyampaikan berita gembira atas kemenangan tentara kaum Muslimin kepada penduduk, lalu Khalifah Syaidina Umar ra berpidato di hadapan penduduk Madinah: "Saudara-saudaraku! Aku bukanlah rajamu yang ingin menjadikan anda budak. Aku adalah hamba Allah dan pengabdi hamba-Nya. Kepadaku telah dipercayakan tanggung jawab yang berat untuk menjalankan pemerintahan khilafah. Adalah tugasku membuat Anda senang dalam segala hal, dan akan menjadi hari nahas bagiku jika timbul keinginan barang sekalipun agar anda melayaniku. Aku berhasrat mendidik anda bukan melalui perintah-perintah, tetapi melalui perbuatan."
Pada tahun 634 M, pernah terjadi pertempuran dahsyat antara pasukan Islam dan Romawi di dataran Yarmuk. Pihak Romawi mengerahkan 300,000 tenteranya, sedangkan tentara Muslimin hanya 46,000 orang. Walaupun tidak terlatih dan kelengkapan buruk, pasukan Muslimin yang bertempur dengan gagah berani akhirnya berhasil mengalahkan tentara Romawi. Sekitar 100,000 tentera Romawi tewas sedangkan di pihak Muslimin tidak lebih dari 3,000 orang yang tewas dalam pertempuran itu. Ketika Caesar diberitakan dengan kekalahan di pihaknya, dengan sedih ia berteriak: "Selamat tinggal Syria," dan dia lari ke Konstantinopel (Istanbul sekarang).
Beberapa tentera yang melarikan diri dari medan pertempuran Yarmuk, mencari perlindungan di antara dinding-dinding benteng kota Yerusalem. Kota dijaga oleh pasukan tentera yang kuat dan mereka mampu bertahan cukup lama. Akhirnya bisop agung Yerusalem mengajak berdamai, tapi menolak menyerah kecuali langsung kepada Khalifah sendiri. Umar mengabulkan permohonan itu, menempuh perjalanan di Jabia tanpa pengawalan dan perarakan kebesaran, kecuali ditemani seorang pembantunya. Ketika Umar tiba di hadapan Bisop agung dan para pembantunya, Khalifah memimpin untanya yang ditunggangi pembantunya. Para pendeta Kristen lalu sangat kagum dengan sikap rendah hati Khalifah Islam dan penghargaannya pada persamaan martabat antara sesama manusia. Bisop agung dalam kesempatan itu menyerahkan kunci kota suci kepada Khalifah dan kemudian mereka bersama-sama memasuki kota. Ketika ditawarkan bersembahyang di gereja Kebaktian, Umar menolaknya dengan mengatakan: "Kalau saya berbuat demikian, kaum Muslimin di masa depan akan melanggar perjanjian ini dengan alasan mengikuti contoh saya." Syarat-syarat perdamaian yang adil ditawarkan kepada orang Kristen. Sedangkan kepada orang-orang Yahudi, yang membantu orang Muslimin, hak milik mereka dikembalikan tanpa harus membayar pajak apa pun.
Penaklukan Syria sudah selesai. Seorang sejarawan terkenal mengatakan: "Syria telah tunduk pada tongkat kekuasaan Khalifah, 700 tahun setelah Pompey menurunkan tahta raja terakhir Macedonia. Setelah kekalahannya yang terakhir, orang Romawi mengaku takluk, walaupun mereka masih terus menyerang daerah-daerah Muslimin. Orang Romawi membangun sebuah rintangan yang tidak boleh dilalui diantara daerahnya dan daerah orang Muslim. Mereka juga mengubah sisa tanah luas miliknya di perbatasan Asia menjadi sebuah padang pasir. Semua kota di jalur itu dihancurkan, benteng-benteng dibongkar, dan penduduk dipaksa pindah ke wilayah yang lebih utara. Demikianlah keadaannya apa yang dianggap sebagai perbuatan orang Arab Muslim yang biadab sesungguhnya hasil kebiadaban Byzantium." Namun kebijaksanaan bumi hangus yang sembrono itu ternyata tidak dapat menghalangi gelombang maju pasukan Muslimin. Dipimpin Ayaz yang menjadi panglima, tentara Muslim melewati Tarsus, dan maju sampai ke pantai Laut Hitam.
Menurut sejarawan terkenal, Baladhuri, tentara Islam seharusnya telah mencapai Dataran Debal di Sind. Tapi, kata Thabari, Khalifah menghalangi tentaranya maju lebih ke timur dari Mekran.
Suatu penelitian pernah dilakukan untuk menunjukkan faktor-faktor yang menentukan kemenangan besar operasai ketenteraan Muslimin yang diraih dalam waktu yang begitu singkat. Kita ketahui, selama pemerintahan khalifah yang kedua, orang Islam memerintah daerah yang sangat luas. Termasuk di dalamnya Syria, Mesir, Iraq, Parsi, Khuzistan, Armenia, Azerbaijan, Kirman, Khurasan, Mekran, dan sebagian Baluchistan. Pernah sekelompok orang Arab yang bersenjata tidak lengkap dan tidak terlatih berhasil menggulingkan dua kerajaan yang paling kuat di dunia. Apa yang memotivasikan mereka? Ternyata, ajaran Nabi Muhammad Rasullulah S.A.W. telah menanamkan semangat baru kepada orang-orang islam. Mereka merasa berjuang hanya demi Allah S.W.T semata-mata. Kebijaksanaan khalifah Islam kedua dalam memilih para jenderalnya dan syarat-syarat yang lunak yang ditawarkan kepada bangsa-bangsa yang ditaklukan telah membantu terciptanya serangkaian kemenangan bagi kaum Muslimin yang dicapai dalam waktu sangat singkat.
Bila diteliti kitab sejarah Thabari, dapat diketahui bahwa Syaidina Umar al-Faruq, yang berada ribuan kilomiter dari medan perang, berhasil menyaksikan pasukannya dan mengawasi gerakan pasukan musuh. Suatu kelebihan anugerah Allah yang luar biasa.
Dalam menakluk musuhnya, khalifah banyak menekankan pada segi moral, dengan menawarkan syarat-syarat yang lunak, dan memberikan mereka segala macam hak yang bahkan dalam abad modern ini tidak pernah ditawarkan kepada suatu bangsa yang kalah dalam peperangan. Hal ini sangat membantu memenangkan simpati rakyat dan itu pada akhirnya membuka jalan bagi konsolidasi pentadbiran secara efisien. Ia melarang keras tentaranya membunuh orang yang lemah dan menodai kuil serta tempat ibadah lainnya. Sekali suatu perjanjian ditandatangani, ia harus ditaati, yang tersurat maupun yang tersirat.
Berbeza dengan tindakan penindasan dan kebuasan yang dilakukan Alexander, Caesar, Atilla, Ghengiz Khan, dan Hulagu. Penaklukan model Umar bersifat badani dan rohani.
Ketika Alexander menaklukan Sur, sebuah kota di Syria, dia memerintahkan para jenderalnya melakukan pembunuhan umum dan menggantung seribu warga negara terhormat pada dinding kota. Demikian pula ketika dia menaklukan Astakher, sebuah kota di Parsi, dia memerintahkan memenggal kepala semua laki-laki. Raja zalim seperti Ghengiz Khan, Atilla dan Hulagu bahkan lebih ganas lagi. Tetapi empayer mereka yang luas itu hancur berkeping-keping ketika sang raja meninggal. Sedangkan penaklukan oleh khalifah Islam kedua berbeza sifatnya. Kebijaksanaannya yang arif, dan pentadbiran yang efisien, membantu mengonsolidasikan kerajaannya sedemikian rupa. Sehingga sampai masa kini pun, setelah melewati lebih dari 1,400 tahun, negara-negara yang ditaklukannya masih berada di tangan orang Muslim. Syaidina Umar al-Faruk sesungguhnya penakluk terbesar yang pernah dihasilkan sejarah.
Sifat mulia kaum Muslimin umumnya dan Khalifah khususnya, telah memperkuat kepercayaan kaum kafirun pada janji-janji yang diberikan oleh pihak Muslimin. Suatu ketika, Hurmuz, pemimpin Parsi yang menjadi musuh kepada kaum Muslimin, tertawan di medan perang dan di bawa menghadap Khalifah di Madinah. Ia sedar kepalanya pasti akan dipenggal kerena dosanya sebagai pembunuh sekian banyak orang kaum Muslimin. Dia tampaknya merencanakan sesuatu dan meminta segelas air. Permohonannya dipenuhi, tapi anehnya ia tidak mau minum air yang dihidangkan. Dia rupanya merasa akan dibunuh selepas meneguk minuman, Khalifah meyakinkannya, dia tidak akan dibunuh kecuali jika Hurmuz meminum air tadi. Hurmuz yang cerdik seketika itu juga membuang air itu. Ia lalu berkata, karena dia mendapatkan jaminan dari Khalifah, dia tidak akan minum air itu lagi. Khalifah memegang janjinya. Hurmuz yang terkesan dengan kejujuran Khalifah, akhirnya masuk Islam.
Khalifah Syaidina Umar ra pernah berkata, "Kata-kata seorang Muslim biasa sama beratnya dengan ucapan ketuanya atau khalifahnya." Demokrasi sejati seperti ini diajarkan dan dilaksanakan selama kekhalifahan ar-rasyidin hampir tidak ada persamaannya dalam sejarah umat manusia. Islam sebagai agama yang demokrasi, seperti digariskan Al-Qur'an, dengan tegas meletakkan dasar kehidupan demokrasi dalam kehidupan Muslimin, dan dengan demikian setiap masalah kenegaraan harus dilaksanakan melalui konsultasi dan perundingan. Nabi Muhammad Rasullulah S.A.W. sendiri tidak pernah mengambil keputusan penting tanpa melakukan konsultasi. Pohon demokrasi dalam Islam yang ditanam Nabi Muhammad Rasullulah S.A.W dan dipelihara oleh Syaidina Abu Bakar ra mencapai puncaknya pada zaman Khalifah syaidina Umar ra. Semasa pemerintahan Syaidina Umar ra telah dibentuk dua badan penasihat. Badan penasihat yang satu merupakan sidang umum yang diundang bersidang bila negara menghadapi bahaya. Sedang yang satu lagi adalah badan khusus yang terdiri dari orang-orang yang integritasnya tidak diragukan untuk diajak membicarakan hal rutin dan penting. Bahkan masalah pengangkatan dan pemecatan pegawai kerajaan serta lainnya dapat dibawa ke badan khusus ini, dan keputusannya dipatuhi.
Syaidina Umar ra hidup seperti orang biasa dan setiap orang bebas menanyakan tindak-tanduknya. Suatu ketika ia berkata: "Aku tidak berkuasa apa pun terhadap Baitul Mal (harta umum) selain sebagai petugas penjaga milik yatim piatu. Jika aku kaya, aku mengambil uang sedikit sebagai pemenuhi keperluan sehari-hari. Saudara-saudaraku sekalian! Aku abdi anda semua, anda semua harus mengawasi dan menanyakan segala tindakanku. Salah satu hal yang harus diingat, wang rakyat tidak boleh dihambur-hamburkan. Aku harus bekerja di atas prinsip kesejahteraan dan kemakmuran rakyat."
Suatu kali dalam sebuah rapat umum, seseorang berteriak: "O, Umar, takutlah kepada Tuhan." Para hadirin bermaksud mengerjakan orang itu, tapi Khalifah mencegahnya sambil berkata: "Jika sikap jujur seperti itu tidak ditunjukan oleh rakyat, rakyat menjadi tidak ada artinya. Jika kita tidak mendengarkannya, kita akan seperti mereka." Suatu kebebasan menyampaikan pendapat telah dipraktikkan dengan baik.
Ketika berpidato suatu kali di hadapan para gubernur, Khalifah berkata: "Ingatlah, saya mengangkat Anda bukan untuk memerintah rakyat, tapi agar Anda melayani mereka. Anda harus memberi contoh dengan tindakan yang baik sehingga rakyat dapat meneladani Anda."
Pada saat pengangkatannya, seorang gubernur harus menandatangani pernyataan yang mensyaratkan bahwa "Dia harus mengenakan pakaian sederhana, makan roti yang kasar, dan setiap orang yang ingin mengadukan suatu hal bebas menghadapnya setiap saat." Menurut pengarang buku Futuhul-Buldan, di masa itu dibuat sebuah daftar barang bergerak dan tidak bergerak begitu pegawai tinggi yang terpilih diangkat. Daftar itu akan diteliti pada setiap waktu tertentu, dan penguasa tersebut harus mempertanggung-jawabkan terhadap setiap hartanya yang bertambah dengan sangat mendadak. Pada saat musim haji setiap tahunnya, semua pegawai tinggi harus melapor kepada Khalifah. Menurut penulis buku Kitab ul-Kharaj, setiap orang berhak mengadukan kesalahan pejabat negara, yang tertinggi sekalipun, dan pengaduan itu harus dilayani. Bila terbukti bersalah, pejabat tersebut mendapat ganjaran hukuman.
Muhammad bin Muslamah Ansari, seorang yang dikenal berintegritas tinggi, diangkat sebagai penyelidik keliling. Dia mengunjungi berbagai negara dan meneliti pengaduan masyarakat. Sekali waktu, Khalifah menerima pengaduan bahwa Sa'ad bin Abi Waqqash, gubernur Kufah, telah membangun sebuah istana. Seketika itu juga Umar memutus Muhammad Ansari untuk menyaksikan adanya bagian istana yang ternyata menghambat jalan masuk kepemukiman sebagian penduduk Kufah. Bagian istana yang merugikan kepentingan umum itu kemudian dibongkar. Dalam pengaduan lainnya menyebabkan Sa'ad dipecat dari jawatannya
Seorang sejarawan Eropa menulis dalam The Encyclopedia of Islam: "Peranan Umar sangatlah besar. Pengaturan warganya yang kafirun, pembentukan lembaga yang mendaftar orang-orang yang mendapat hak untuk pencen tentera (divan), pengadaan pusat-pusat tentera (amsar) yang dikemudian hari berkembang menjadi kota-kota besar Islam, pembentukan pejabat kadi (qazi), semuanya adalah hasil karyanya. Demikian pula seperingkat peraturan, seperti sembahyang tarawih di bulan Ramadhan, keharusan naik haji, hukuman bagi pemabuk, dan hukuman pelemparan dengan batu bagi orang yang berzina."
Khalifah menaruh perhatian yang sangat besar dalam usaha perbaikan kewangan negara, dengan menempatkannya pada kedudukan yang sihat. Ia membentuk "Diwan" (jabatan kewangan) yang dipercayakan menjalankan apentadbiran pendapatan negara.
Pendapatan persemakmuran berasal dari sumber :
Zakat atau pajak yang dikenakan secara bertahap terhadap Muslim yang berharta. Kharaj atau pajak bumi Jizyah atau pajak perseorangan. Dua pajak yang disebut terakhir, yang membuat Islam banyak dicerca oleh sejarawan Barat, sebenarnya pernah berlaku di kerajaan Romawi dan Sasanid (Parsi). Pajak yang dikenakan pada orang kafirun jauh lebih kecil jumlahnya dari pada yang dibebankan pada kaum Muslimin. Khalifah menetapkan pajak bumi menurut jenis penggunaan tanah yang terkena. Ia menetapkan 4 dirham untuk satu Jarib gandum. Sejumlah 2 dirham dikenakan untuk luas tanah yang sama tapi ditanami gersb (gandum pembuat ragi). Padang rumput dan tanah yang tidak ditanami tidak dipungut pajak. Menurut sumber-sumber sejarah yang dapat dipercaya, pendapatan pajak tahunan di Irak berjumlah 860 juta dirham. Jumlah itu tak pernah terlampaui pada masa setelah wafatnya Umar.
Ia memperkenalkan reform yang luas di lapangan pertanian, hal yang bahkan tidak terdapat di negara-negara berkebudayaan tinggi di zaman modern ini. Salah satu dari reform itu ialah penghapusan zamindari (tuan tanah), sehingga pada gilirannya terhapus pula beban buruk yang mencekik para petani. Ketika orang Romawi menaklukkan Syria dan Mesir, mereka menyita tanah petani dan membagi-bagikannya kepada anggota tentara, kaum nobal, gereja, dan anggota keluarga kerajaan.
Sejarawan Perancis mencatat: "Kebijaksanaan liberal orang Arab dalam menentukan pajak dan mengadakan 'land reform' sangat banyak pengaruhnya terhadap berbagai kemenangan mereka di bidang ketenteraan."
Ia membentuk jabatan kesejahteraan rakyat, yang mengawasi pekerjaan pembangunan dan menyebarkan rencana-rencana. Sejarawan terkenal Allamah Maqrizi mengatakan, di Mesir saja lebih dari 20,000 pekerja terus-menerus dipekerjakan sepanjang tahun. Sejumlah terusan dibangunkan di Khuzistan dan Ahwaz selama masa itu. Sebuah kanal bernama "Nahr Amiril Mukminin," yang menghubungkan Sungai Nil dengan Laut Merah, dibangun untuk menjamin pengangkutan padi secara cepat dari Mesir ke Tanah Suci.
Selama masa pemerintahan Syaidina Umar ra diadakan pemisahan antara kekuasaan pengadilan dan kekuasaan eksekutif. Von Hamer mengatakan, "Dahulu hakim diangkat dan sekarang pun masih diangkat. Hakim ush-Shara ialah penguasa yang ditetapkan berdasarkan undang-undang, karena undang-undang menguasai seluruh keputusan pengadilan, dan para gubernur dikuasakan menjalankan keputusan itu. Dengan demikian dengan usianya yang masih sangat muda, Islam telah mengumandangkan dalam kata dan perbuatan, pemisahan antara kekuasaan pengadilan dan kekuasaan eksekutif." Pemisahan seperti itu belum lagi dicapai oleh negara-negara paling maju, sekalipun di zaman modern ini.
Syaidina Umar ra sangat tegas dalam penegakan hukum yang tidak memihak dan tidak pandang bulu. Suatu ketika anaknya sendiri yang bernama Abu Syahma, dilaporkan terminum khamar. Khalifah memanggilnya menghadap dan ia sendiri yang mendera anak itu sampai meninggal. Cemeti yang dipakai menghukum Abu Syahma ditancapkan di atas kuburan anak itu.
Kebesaran Khalifah Umar juga terlihat dalam perlakuannya yang simpati terhadap warganya yang kafirun. Ia mengembalikan tanah-tanah yang dirampas oleh pemerintahan jahiliyah kepada yang berhak yang sebagian besar kafirun. Ia berdamai dengan orang Kristen Elia yang menyerah. Syarat-syarat perdamaiannya ialah: "Inilah perdamaian yang ditawarkan Umar, hamba Allah, kepada penduduk Elia. Orang-orang kafirun diizinkan tinggal di gereja-gereja dan rumah-rumah ibadah tidak boleh dihancurkan. Mereka bebas sepenuhnya menjalankan ibadahnya dan tidak dianiaya dengan cara apa pun." Menurut Imam Syafi'i ketika Khalifah mengetahui seorang Muslim membunuh seorang Kristen, ia mengizinkan ahli waris almarhum menuntut balas. Akibatnya, si pembunuh dihukum penggal kepala.
Khalifah Umar juga mengajak orang kafirun berkonsultasi tentang sejumlah masalah kenegaraan. Menurut pengarang Kitab al-Kharaj, dalam wasiatnya yang terakhir Umar memerintahkan kaum Muslimin menepati sejumlah jaminan yang pernah diberikan kepada kafirun, melindungi harta dan jiwanya, dengan taruhan jiwa sekalipun. Umar bahkan memaafkan penghianatan mereka, yang dalam sebuah pemerintahan beradab di zaman sekarang pun tidak akan mentoleransinya. Orang Kristen dan Yahudi di Hems bahkan sampai berdoa agar orang Muslimin kembali ke negeri mereka. Khalifah memang membebankan jizyah, yaitu pajak perlindungan bagi kaum kafirun, tapi pajak itu tidak dikenakan bagi orang kafirun, yang bergabung dengan tentera Muslimin.
Khalifah sangat memperhatikan rakyatnya, sehingga pada suatu ketika secara diam-diam ia turun berkeliling di malam hari untuk menyaksikan langsung keadaan rakyatnya. Pada suatu malam, ketika sedang berkeliling di luar kota Madinah, di sebuah rumah dilihatnya seorang wanita sedang memasak sesuatu, sedang dua anak perempuan duduk di sampingnya berteriak-teriak minta makan. Perempuan itu, ketika menjawab Khalifah, menjelaskan bahwa anak-anaknya lapar, sedangkan di ceret yang ia jerang tidak ada apa-apa selain air dan beberapa buah batu. Itulah caranya ia menenangkan anak-anaknya agar mereka percaya bahwa makanan sedang disiapkan. Tanpa menunjukan identitinya, Khalifah bergegas kembali ke Madinah yang berjarak tiga batu. Ia kembali dengan memikul sekarung gandum, memasakkannya sendiri, dan baru merasa puas setelah melihat anak-anak yang malang itu sudah merasa kenyang. Keesokan harinya, ia berkunjung kembali, dan sambil meminta maaf kepada wanita itu ia meninggalkan sejumlah wang sebagai sedekah kepadanya.
Khalifah yang agung itu hidup dengan cara yang sangat sederhana. Tingkat kehidupannya tidak lebih tinggi dari kehidupan orang biasa. Suatu ketika Gubernur Kufah mengunjunginya sewaktu ia sedang makan. Sang gubernur menyaksikan makanannya terdiri dari roti gersh dan minyak zaitun, dan berkata, "Amirul mukminin, terdapat cukup di kerajaan Anda; mengapa Anda tidak makan roti dari gandum?" Dengan agak tersinggung dan nada murung, Khalifah bertanya, "Apakah Anda pikir setiap orang di kerajaanku yang begitu luas mampu mendapatkan gandum?" "Tidak," Jawab gubernur. "Lalu, bagaimana aku dapat makan roti dari gandum? Kecuali bila itu ia dengan mudah didapat oleh seluruh rakyatku." Tambah Umar.
Dalam kesempatan lain Umar berpidato di hadapan suatu pertemuan. Katanya, "Saudara-saudara, apabila aku menyeleweng, apa yang akan kalian lakukan?" Seorang laki-laki bangkit dan berkata, "Anda akan kami pancung." Umar berkata lagi untuk mengujinya, "Beranikah anda mengeluarkan kata-kata yang tidak sopan seperti itu kepadaku?" "Ya, berani!" jawab laki-laki tadi. Umar sangat gembira dengan keberanian orang itu dan berkata, "Alhamdulillah, masih ada orang yang seberani itu di negeri kita ini, sehingga bila aku menyeleweng mereka akan memperbaikiku."
Seorang ahli falsafah dan penyair Muslim dari India menulis nukilan seperti berikut untuk dia: "Jis se jigar-i-lala me thandak ho who shabnam Daryaan ke dil jis se dabel jaen who toofan"
Seperti embun yang mendinginkan hati bunga lily, dan bagaikan taufan yang menggelagakkan dalamnya sungai.
Sejarawan Kristen Mesir, Jurji Zaidan terhadap prestasi Umar mengulas: "Pada zamannya, berbagai negara ia taklukkan, barang rampasan kian menumpuk, harta kekayaan raja-raja Parsi dan Romawi mengalir dengan derasnya di hadapan tenteranya, namun dia sendiri menunjukkan kemampuan menahan nafsu serakah, sehingga kesederhanaannya tidak pernah ada yang mampu menandingi. Dia berpidato di hadapan rakyatnya dengan pakaian bertambalkan kulit haiwan. Dia mempraktikkan satunya kata dengan perbuatan. Dia mengawasi para gubernur dan jenderalnya dengan cermat dan dengan cermat pula menyelidiki perbuatan mereka. Bahkan Khalid bin Walid yang perkasa pun tidak terkecuali. Dia berlaku adil kepada semua orang, dan bahkan juga bagi orang kafirun. Selama masa pemerintahannya, disiplin baja diterapkan secara kukuh."
Wallahuallam...

Subscribe to:
Posts (Atom)